Selain daripada Oppo Find N3 Flip, Oppo juga telah memperkenalkan tablet boleh lipat mereka iaitu Oppo Find N3. Terdapat banyak menambahbaikan yang terdapat pada peranti keluaran terbaru daripada Oppo ini jika dibandingkan dengan “si abang” Oppo Find N2.
Dikuasakan dengan processor Snapdragon 8 Gen 2, Oppo Find N3 ditambah baik dengan RAM bersaiz 16GB dan storage bersaiz 512GB. Selain itu, saiz skrin tablet terbaru ini dibesarkan daripada 7.1” kepada 7.82” dengan refresh rate setinggi 120Hz. Apabila dilipat menjadi sebuah telefon pintar, peranti ini memaparkan skrin bersaiz 6.31”, juga dengan refresh rate setinggi 120Hz.


Pada bahagian kamera, Oppo Find N3 dilengkapi dengan 48MP untuk kamera wide. 64MP untuk kamera telephoto, dan 48MP untuk kamra ultrawide. Untuk bahagian hadapan, tablet ini dilengkapi dengan 20MP untuk kamera hadapan. Apabila dilipat, peranti ini akan menggunakan kamera 32MP di bahagian penutup.
Dibekalkan dengan bateri bersaiz 4805mAh, tablet ini menyokong fast charging berkuasa 67W, di mana peranti boleh dicas sehingga 35% dalam masa 10 minit sahaja. Ciri fingerprint di sisi juga masih dikekalkan seperti “si abang”.
Seperti Oppo Find N3 Flip, Oppo Find N3 juga ditawarkan dengan butang Alert Slider di sisi untuk memudahkan pengguna menukar mod ring, kepada mod vibration dan mod mute.

Oppo Find N3 akan ditawarkan dalam pilihan warna Champagne Gold dan Classic Black. Peranti ini akan ditawarkan pada tanda harga RM7,999. Sama seperti Oppo Find N3 Flip, pengguna yang berminat boleh membuat preorder sehingga 27hb Oktober 2023 untuk mendapatkan pelbagai promosi menarik daripada Oppo, dan peranti anda akan tersedia pada 28hb Oktober 2023.