Oppo Find N3 Flip: Telefon Pintar Boleh Lipat Pertama Dengan Tiga Kamera

Oppo telah melancarkan siri Oppo Find N3 pada Global Launch Event yang diadakan di Singapura semalam. Antara produk yang diperkenalkan adalah Oppo Find N3 Flip; sebuah telefon pintar boleh lipat pertama dengan penawaran tiga kamera.

Dengan mengekalkan design dan saiz skrin yang sama seperti “si abang” Oppo Find N2 Flip, peranti ini dikuasakan dengan processor Mediatek Dimensity 9200. Dengan menaik taraf kapasiti RAM kepada 12GB, peranti ini hanya ditawarkan dengan storage bersaiz 256GB sahaja.

Sumber: Oppo Global Launch Event
Sumber: Oppo Global Launch Event

Dengan mengekal fingerprint di bahagian sisi, peranti ini juga tidak mempunyai penambahbaikan dari segi bateri, iaitu 4,300mAh dan plug adapter berkuasa 44W yang mana boleh mengecas sehingga 50% dalam masa 23 minit sahaja.

Satu penambahbaikan pada Oppo Find N3 Flip ini yang menarik minat kami adalah pada bahagian kamera. Peranti ini merupakan telefon pintar boleh lipat pertama yang menawarkan tiga kamera, di mana peranti ini dilengkapkan dengan 50MP untuk kamera wide, 32MP untuk kamera telephoto dan 48MP untuk kamera ultrawide.

Satu lagi penambahbaikan pada Oppo Find N3 Flip yang menarik minat kami adalah Alert Slider. Feature terbaru untuk siri Find N3 ini membolehkan pengguna mengubah mod daripada ring, kepada mod vibration dan mod mute dengan mudah seperti siri iPhone yang menggunakan suis silent di atas butang volume di sebelah sisi kiri.

Sumber: Oppo

Oppo Find N3 Flip akan ditawarkan dalam pilihan warna Cream Gold, Misty Pink, dan Sleek Black. Peranti ini akan ditawarkan pada tanda harga RM4,399. Bagi yang berminat, anda boleh membuat preorder sehingga 27hb Oktober 2023, yang mana terdapat pelbagai promosi preorder menarik yang ditawarkan oleh Oppo, dan peranti anda akan tersedia pada 28hb Oktober 2023.

Leave a comment