Honor X9b 5G Boleh Menjadi Pengganti Nokia

Pada 20 tahun lepas, telefon bimbit berjenama Nokia sangat terkenal dengan sifatnya yang tahan lasak. Walaupun banyak kali terjatuh mencium bumi, telefon bimbit ini masih lagi berfungsi tanpa sebarang cacat cela.

Terbaru, Honor mengacah telefon pintar terbaru mereka, iaitu Honor X9b yang tahan lasak. Menerusi video berdurasi 23 saat di Instagram Honor Malaysia, mereka menunjukkan bahawa telefon pintar terbaru ini mampu mematahkankan 8 keping breaking board dan berfungsi seperti biasa tanpa sebarang keretakan pada skrin.

Honor Arab Saudi telah mendedahkan spesifikasi telefon pintar terbaru ini di website mereka. Menggunakan skrin AMOLED melengkung sebesar 6.78” dengan refresh rate 120Hz, Honor X9b dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 6 Gen 1 bersama RAM bersaiz 12GB dan storan 256GB.

Honor X9b akan menggabungkan kamera 108MP untuk wide, 5MP untuk ultrawide, dan 2MP untuk macro. Sementara itu, telefon pintar ini akan menggunakan 16MP untuk kamera hadapan. Untuk sekuriti, telefon pintar ini boleh dinyah kunci dengan menggunakan pengimbas cap jari terbina dalam skrin atau pengimbas muka.

Sumber: Honor

Telefon pintar Android sangat terkenal dengan kapasiti bateri yang sangat besar. Honor X9b tidak ketinggalan untuk menawarkan kapisiti bateri sebesar 5800mAh dengan sokongan pengecasan pantas 35W. Untuk pilihan warna, Honor X9b ditawarkan dalam 3 pilihan warna; Sunrise Orange, Midnight Black, dan Emerald Green.

Pelancaran rasmi Honor X9b akan diadakan pada 23 Oktober 2023. Memandangkan spesifikasi telefon pintar ini telah tertiris, sama-sama kita nantikan tarikh dan harga jualannya di pasaran Malaysia.

Leave a comment