iPhone 15 Dilaporkan Mempunyai Masalah Skrin Kelihatan Seperti Burn-in

Apple baru melancarkan siri iPhone 15 di Malaysia pada 29hb September 2023 yang lalu. Apple telah memperkenalkan 4 varian terbaru dalam siri ini, iaitu iPhone 15, iPhone 15 Plus, iPhone 15 Pro, dan iPhone 15 Pro Max. Kami percaya, ramai yang telah membuat preorder telah pun mendapatkan device mereka pada hari ini.

Pada beberapa hari yang lalu, pengguna Reddit, grantg900, telah melaporkan bahawa iPhone 15 Pro Max miliknya menunjukkan tanda masalah skrin yang kelihatan seperti terbakar atau burn-in. Skrin iPhone 15 Pro Max beliau mempunyai kesan bekas paparan lama.

Sumber: Reddit
Sumber: Reddit

Pada sebelum ini, ramai yang melaporkan iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max mereka mempunyai masalah overheating, di mana Apple telah mengatasi masalah tersebut dengan update iOS yang terbaru iaitu 17.0.3.

Hal ini sangat mengecewakan memandangkan iPhone 15 Pro Max merupakan telefon bimbit flagship daripada jenama yang terkenal iaitu Apple. Harga untuk sebuah iPhone 15 Pro Max juga boleh dikatakan agak mahal iaitu bermula daripada RM6499 untuk varian storage 256gb, di mana, pengguna mengharapkan kualiti yang premium yang bersesuaian dengan tanda harga tersebut.

Spekulasi mengatakan bahawa masalah ini adalah disebabkan isu pada hardware yang menggunakan paparan OLED. Namun begitu, Apple mengatakan bahawa isu ini akan diatasi melalui update iOS 17.1 yang akan dikeluarkan untuk umum kelak.

Leave a comment