Samsung Galaxy S21 Fan Edition (FE) merupakan flagship killer Samsung yang menawarkan spesikifasi kelas atasan tetapi ditawarkan pada harga kelas pertengahan. Pada bulan Jun yang lalu, perasmian Samsung Galaxy FE ditangguhkan oleh Samsung atas sebab tertentu. Kini, selepas penangguhan yang lama, Samsung Galaxy S21 FE dikatakan akan mula dijual pada 11 Januari 2022. Ura-ura ini didedahkan oleh leakster ternama iaitu Jon Prosser.
Menurut Jon, pelancaran Samsung Galaxy S21 FE dicepatkan kepada hari Isnin, 3hb Januari 2022 pada jam 6 petang waktu Pasifik bersamaan dengan hari Selasa, 4hb Januari 2022 pada jam 10 pagi waktu Malaysia. Walaupun begitu, peranti tersebut akan mula dijual pada 11hb Januari 2022.
Harga Samsung Galaxy S21 FE masih tidak dapat diketahui. Pada pelancaran Samsung Galaxy S20 FE lalu, varian 5G boleh didapati pada tanda harga RM3,399 dan beberapa bulan selepas itu, Samsung melancarkan varian LTE yang ditawarkan pada tanda harga RM2,299 pada hari pertama jualan peranti tersebut. Maka, kita boleh jangkakan harga jualan peranti ini akan dijual pada tanda harga yang lebih kurang sama dengan peranti sebelumnya.
Sementara itu, Evan Blass yang juga merupakan leakster yang ternama, telah menghebahkan spesifikasi untuk peranti Samsung Galaxy S21 FE ini.

(Sumber: Evan Blass)

(Sumber: Evan Blass)
Munurut Evan, Samsung Galaxy S21 FE ini akan ditawarkan dalam 4 pilihan warna iaitu Olive, Graphite, White, dan Lavender. Skrin peranti ini bersaiz 6.4” dan menggunakan paparan Dynamic AMOLED 2x dengan resolusi FHD+ dan 120Hz refresh rate serta jenis Infinite-O. Peranti ini dikuasakan dengan Snapdragon 888 dan mempunyai varian RAM sebanyak 6GB atau 8GB serta storan sebesar 128GB atau 256GB.
Peranti ini akan disertakan dengan kamera utama 12MP, kamera ultra wide 12MP, dan kamera telephoto 8MP. Manakala kamera hadapan peranti ini adalah 32MP.
Dari segi ketahanan bateri, peranti ini akan dilengkapi dengan bateri sebesar 4,500mAh dan dikuasakan dengan 25W wired charging dan 15W wireless charging. Peranti ini mungkin akan didatangkan dengan Android 12, bermaksud peranti ini akan menyokong sehingga Android 15 sepertimana yang dijanjikan oleh Samsung iaitu sokongan OS sehingga 3 tahun.
Segelintir pengguna mungkin agak kecewa kerana peranti ini tidak akan menyokong slot kad microSD dan tiada 3.5mm headphone jack. Sama-sama kita nantikan pelancaran Samsung pada tahun hadapan untuk harga peranti ini.