Takut Kena Scam? Semak Di Sini!

Kes scam di Malaysia ni memang menjadi-jadi sejak kebelakangan ni. Banyak modus operandi yang diguna pakai oleh sindiket sindiket ni untuk dapatkan duit mangsa mereka. Dalam setahun, kes scam di Malaysia pasti akan cecah belasan ribu.

Namun begitu, sebelum anda mengambil tindakan untuk memberi informasi peribadi atau wang kepada seseorang, anda boleh semak sama ada nombor telefon atau nombor akaun bank orang tersebut mempunyai rekod yang dilaporkan dalam kategori jenayah komersial ataupun tidak.

Website yang saya maksudkan ialah https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/. Portal ini berada di bawah penyeliaan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) atau dikenali sebagai Commercial Crime Investigation Department (CCID).

Antaramuka menyemak rekod jenayah komersial berdasarkan nombor akaun bank
Antaramuka menyemak rekod jenayah komersial berdasarkan nombor telefon

Cara untuk menyemak rekod jenayah komersial ialah dengan memilih Kategori sama ada menggunakan Nombor Telefon atau Akaun Bank. Kemudian masukkan Nombor Telefon/Nombor Akaun Bank orang tersebut. Seterusnya, masukkan Captcha yang diberi dan klik Semak Maklumat.

Selepas menunggu beberapa saat, hasil carian akan dipaparkan. Hasil carian tersebut akan beritahu kita sama ada maklumat tersebut mempunyai report jenayah komersial atau tidak. Hasil carian juga akan memaparkan bilangan carian yang telah dibuat menggunakan maklumat tersebut.

Namun begitu, website ini telah memberi amaran bahawa walaupun tiada report yang diperolehi, ini tidak bermaksud anda selamat untuk memberikan informasi peribadi ataupun wang anda kepada orang tersebut. Kita kena sentiasa berwaspada!

Leave a comment